Wednesday, February 22, 2012

Hatiku Dalam Koma



السلام عليكم


Saya ingin berkongsi cerita mengenai "Hatiku Dalam Koma (Patah Hati)". Apabila kita dengar perkataan ini, pasti semua orang dapat anggak apa yang berlaku iaitu ooo~ dia dah break up. Masa itu kita akan rasa serba tak kena, menangis tak berhenti-henti, hati sakit yang teramat sangat dan masa itu kita rasakan dunia ini macam nak kiamat. Betul tak? 
Saya ada terbaca di satu blog mengenai topik ini dan ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan sekalian. 
Petikan dari blog akuislam.com mengenai hikmah di sebalik patah hati:


Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menangislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya.


Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? Bahkan di dalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya. Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? Cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah di telinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al-Quran?

Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah di sebalik hati yang teriris berdarah-darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cinta ALLAH, tiada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini. Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? Di sebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.

 ”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan di tempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.

Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? Tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini!

Oleh itu, janganlah kita terlalu sedih mengenangkan cinta yang tidak kesampaian itu. Kita hanya mampu merancang tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah~ Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sekiranya dia memang sudah ditakdirkan menjadi pasangan kita, break up berapa banyak kali pun dia akan tetap jadi jodoh kita. 
Sekian sahaja coretan saya buat kali ini. Sekiranya ada salah silap, ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruk itu datang daripada saya sendiri. 

Salam Sayang,
Hunny Lily
Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA. Jodoh itu milik Allah, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah. (✿◠‿◠)


No comments:

Copyright© All Rights Reserved A Walk Down Memory Lane by Hunny Lily