Wednesday, February 29, 2012

Hello To Myself (29.02.2012) ♥

السلام عليكم

Hello to myself~

Hello, this is February 2012, a very cold winter
Where are you - how close are you
To the dream that I wanted so bad?

Here, I'm still falling and crying again
I'm hurt and tired and have no strength to get up
But you would probably see me and smile

Hello to myself hello to myself 
Will you comfort me, saying don't cry?
Hello to myself hello to myself 
Will you tell me that I can do it?
Hello hello - don't cry - Hello hello - get up

How are you - how is it to fulfill your dream?
Doesn't it hurt when you pinch yourself?
Or is it sometimes boring because it's become a normal routine for you?
If you ever get lonely and tired, will you remember me, who used to dream here?

Hello to myself hello to myself 
Will you think of me here and smile?
Hello to myself hello to myself 
Will you be happy to the point where your heart overflows?
Hello hello, smile - Hello hello, just like that

Hello to myself hello to myself
Will you think of me here and smile?
Hello to myself hello to myself
Will you not forget me, who used to dream?






I was once like the girl in the video above. I felt like I wanna run away from everything because it was too painful for me to bear. I used to be happy-go-lucky and optimistic but during the process, I got lost. My life was never the same again. I lost my smile, I lost my positive attitude and I also lost my heart. In front of people, I always pretend to be happy to cover up my problems. Tears used to be my best friend during that time. But what people said was true, crying won't solve anything. No matter how many times you shed your tears, you just couldn't turn back time and undo it. The damage has been done and that was it, you need to pay for the consequences. At that moment, all I want was someone to lean on, someone to talk with. Oh yea, I was one lonely girl.

That were all in the past and now, I am no longer lonely. I already found my old self. I found my Best Friend. The most important thing is I found the peace in my heart. Thank you Allah for always be my best friend and bring peace to my broken heart. Time will heal everything and I must never give up hope! Because whenever there is Allah, there is always hope. Finally, I can say Hello to myself again~ ♥


With Love,
Hunny Lily


Saturday, February 25, 2012

Puisi Dia Yang Aku Cinta~

السلام عليكم

Khas buat bakal suami ku:

Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.

Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.

Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulalah perjalanan ini semua.

Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.

Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.

Credit to:
~ HilalAsyraf (Kitab Cinta)~

Salam Sayang dari bakal isterimu,
Hunny Lily



Friday, February 24, 2012

Gundam 00

السلام عليكم

Jam dah menunjukkan pukul 12.33 pagi.  Mata masih tak boleh lelap. Sempat lagi menjenguk blog nie sesambil tengok video pernikahan Yusry & Lisa. Anyway, Selamat pengantin baru kepada Yusry & Lisa. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin~ (^-^) 

Berbalik kepada tajuk blog saya, Gundam 00 merupakan satu-satunya cerita Gundam yang paling saya suke. Jalan cerita dia tak meleweh kalau dibandingkan dengan Gundam Seed. (=.=)  Sorry to all Gundam Seed fans out there~ Plus hero Gundam 00 lebih hensem. Hohohoho~ start dah melalut~ 


Hero dalam Gundam 00 name dier Setsuna F. Seiei

Hensem kan?? (^-^) *Blush*

Gundam 00 Exia (Gundam 00: Season 1)
Note: Gundam ini kepunyaan abang saya. Saya punya coming soon. Hehehe

Gundam 00 Raiser (Gundam 00: Season 2)
Note: PG (Perfect Grade) tak mampu woo.. (=.=) Manyak mahal~

No more teddy bears! Gundam satu mari! ~ Hahahaha~ Ok lah... Saya rasa makin lama makin merepek dah jadi nya. Keje tak siap lagi! (O.o) Time to sleep~ Selamat malam~

Salam Sayang,
Hunny Lily 
” Ya Allah, dengan nama Engkau aku jalani hidup dan hadapi mati. “

Thursday, February 23, 2012

Aku dan Dia dah putus~

السلام عليكم


Saya doakan semoga pembaca-pembaca blog saya berada di dalam keadaan sihat selalu hendaknya. Saya amat suka membaca post-post dari blog akuislam.com , banyak yang dapat dipelajari dari situ. Di sini saya ingin berkongsi antara favourite entry saya di blog itu.

“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah tak sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau tak kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah tak mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

Selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin aku masih sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  Rabak. Koyak. Patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku tak boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
Beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“Kau ada jawapan?”
…senyum ” Ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan, aku dengar…”
Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“So sekarang?”
“Aku tengah berjuang untuk menjadi lebih baik. Doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

Credit to: Nur Faiqah Radzuwan (http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com/)

p/s :  Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terpulang kepada kita membuat penilaian. Di dalam hal ini, saya mengaku akan kesilapan saya sendiri dalam mengemudi hubungan tersebut sehingga ianya berakhir dengan kehampaan. Sungguhpun begitu, saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sekiranya kehampaan itu tiada, saya mungkin tidak sedar akan segala kekhilafan saya selama ini. 
Apabila kamu diuji bersyukurlah kerana Allah masih memberi perhatian kepada kamu. Bayangkan apabila Allah membiarkan kamu alpa dengan dosa dan maksiat, kemudian mati dalam keadaan kufur. Na'udzubillah. (Sham Kamikaze)
Salam Sayang,
Hunny Lily
MANUSIA :
BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Wednesday, February 22, 2012

Hatiku Dalam Koma



السلام عليكم


Saya ingin berkongsi cerita mengenai "Hatiku Dalam Koma (Patah Hati)". Apabila kita dengar perkataan ini, pasti semua orang dapat anggak apa yang berlaku iaitu ooo~ dia dah break up. Masa itu kita akan rasa serba tak kena, menangis tak berhenti-henti, hati sakit yang teramat sangat dan masa itu kita rasakan dunia ini macam nak kiamat. Betul tak? 
Saya ada terbaca di satu blog mengenai topik ini dan ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan sekalian. 
Petikan dari blog akuislam.com mengenai hikmah di sebalik patah hati:


Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menangislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya.


Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? Bahkan di dalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya. Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? Cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah di telinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al-Quran?

Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah di sebalik hati yang teriris berdarah-darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cinta ALLAH, tiada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini. Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? Di sebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.

 ”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan di tempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.

Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? Tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini!

Oleh itu, janganlah kita terlalu sedih mengenangkan cinta yang tidak kesampaian itu. Kita hanya mampu merancang tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah~ Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sekiranya dia memang sudah ditakdirkan menjadi pasangan kita, break up berapa banyak kali pun dia akan tetap jadi jodoh kita. 
Sekian sahaja coretan saya buat kali ini. Sekiranya ada salah silap, ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruk itu datang daripada saya sendiri. 

Salam Sayang,
Hunny Lily
Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA. Jodoh itu milik Allah, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah. (✿◠‿◠)


Copyright© All Rights Reserved A Walk Down Memory Lane by Hunny Lily