Monday, April 2, 2012

Colour Blind Love

السلام عليكم

What is Love?

What is the colour of Love?
Fluorescent color. Even if you're around by a lot of people, the person you love will stand out. And at that moment, your eyes only see him/her. (n_n)


Salam Sayang,
                Hunny Lily

Sunday, March 18, 2012

Dynasty Warriors: Gundam 3

السلام عليكم



Bila tengok video ni, mulut terus ternganga. (^ O ^) Tak pernah tau pun Dynasty Warriors ade version Gundam.. Tau version Samurai je~ Setsuna~~~!! Kyaaa~~~ (>,<) Hajat untuk beli smart phone tiba-tiba terkubur begitu aje bile nampak video ni. Terus rasa nak beli XBOX 360 or PS3~ Hohohoho Best ni~ Tak larat nak main game kat PC je. Lenguh badan~ Kalau main XBOX or PS3 relax sikit ye tak? Hahaha Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ni, bolehlah baca http://en.wikipedia.org/wiki/Dynasty_Warriors:_Gundam_3. Dulu kuar japanese version je, sekarang baru kuar yang english version. Baru senang sikit nak main. Bagus-bagus~ Harap-harap lepas ni akan keluar 3D version pulak.. Mesti terbaek~~ (n__n)v


Salam Sayang,
Hunny Lily

Saturday, March 17, 2012

Indahnya Ciptaan Allah~

السلام عليكم

Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Lokasi: Kundasang, Sabah
Tarikh : 15 - 16hb Mac 2012


Peta Lokasi~ =3
Welcome to Kundasang~ (n_n)
Bunga di depan lobby hotel~ Walaupun ianya persis
rumput tapi sangat cantik~ Saya suke! (^.^)
Berdua Bersama~ ♥   
Allah Maha Besar~ Cantik kan pemandangan camni?
Rasa cam nak duduk sini je.. Love the peacefulness~
Titisan hujan di daun~ Totally amazed by its beauty~
A Walk Down Memory Lane~ Nampak cam
semak tapi pada saya, rumput ni cantik~ Hehe
Tada~~ Memperkenalkan Gunung Kinabalu~ (n_n)v
Sabah di bawah bayu~ Memang sepadan dengan gelaran
yang diberikan. Awan Nano~ =3
Sanggup bangun pagi-pagi demi melihat sunrise~
Suhu pada waktu ini adalah lebih kurang 15 darjah celcius.
Terang sudah~ Peace! (n__n)v Sejuk sangat
sampai bungkus muka~
Awan mengucapkan selamat tinggal~ Berat hati nak balik~
Gonna miss this place. Nak honeymoon kat sini~ LOLZ
Note: Tak tahu nak cakap ape lagi dah. Speechless! Datanglah ke Kundasang ni dan lihat sendiri kecantikan ciptaan Allah ini. =) Dan semua gambar-gambar di atas diambil oleh jurukamera amatur (saya & anak sedara saya). (^_^)v Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku & family kerana mengajar saya erti ketenangan dan nikmat hidup yang sebenarnya.

Salam Sayang,
Hunny Lily

Wednesday, March 14, 2012

Cerpen: Terima kasih Cinta~

السلام عليكم
Sedetik Lebih... Selepas Selamanya~
13.03.2012 - Genap sebulan tidak mendengar khabar berita daripadanya. Sihatkah dia? Apa perkembangan hidupnya sekarang? Masih ingatkah dia padaku? Tipulah kalau aku tidak teringat akan dirinya yang pernah menjadi penghuni di hati ini. Kadang-kala terasa rindu untuk berbual dengannya. Tapi kini aku hanya mampu gantikan rasa rindu itu dengan doa, semoga dia berada dalam keadaan sihat & berbahagia selalu.

Di kala aku sedang asyik membaca buku hasil nukilan Syed Alwi Alatas yang bertajuk Bila Allah Menduga Kita, tiba-tiba sahabat baik aku, Sa'adah bertanyakan soalan cepumas kepadaku.

"Eryna, boleh aku tanya tak?"
"Tanya apa?"
"Kau masih sayang dia ke?"
Suasana sepi seketika, yang hanya kedengaran adalah bunyi rintik hujan membasahi bumi. "Kenapa kau tanya aku soalan macam tu, Adah?" tanyaku kepada Sa'adah yang dari tadi menenung wajahku.
"Bukan apa, aku kenal kau sejak kecil lagi Eryna. Masak sangat dah dengan sikap kau yang suke pendam-pendam ni. Sebab tu aku tanya. Just in case kau perlukan seseorang untuk mendengar luahan isi hati kau tu."
"Adakah terlalu ketara di wajahku yang aku rindu padanya?" bisik hati kecilku. "Adah, aku dah redha yang dia bukan jodohku. Aku pun dah lepaskan dia pergi dengan seikhlas hati aku ni haa," balasku untuk cover perasaan sebenarku.
"Are you sure my dear? Sebab mata bulat kau menunjukkan jawapan lain. Cam tunggu masa je untuk mengeluarkan mutiara-mutiara jernih macam kat luar tu haa. Bukan niat aku untuk menambah garam di luka kau tu, aku cuma tak nak kau stuck dengan kenangan lalu," ujar Sa'adah lagi.

Aku diam sambil merenung ke luar tingkap dan tanpa aku sedari air mata mula membasahi pipi. Sa'adah terus datang memelukku.
"I'm here now. You can count on me. Luahkan apa yang terbuku di hati kau tu. Aku akan jadi pendengar setia kau," kata Sa'adah sambil mengesat air mataku.
"Aku pun tak tahu nak cakap cam mana. Apa yang aku tahu, hati aku masih belum dapat lupakan dia. Hati aku rasa sakit sangat Adah. Aku pun tak pasti sama ada hati aku boleh bertahan sekiranya suatu masa nanti dia dimiliki oleh orang lain. Mungkin dia dah move on ketika ini dan aku tak pernah minta dia rasa apa yang aku rasa ketika ini. Aku tak nak dia kembali kepada kehidupan dia yang dulu tu. Aku rasa bersalah sangat pada dia Adah. Aku dah terkasar bahasa dengan dia dan aku langsung tak memberi dia sokongan yang dia perlukan selama ini. Mungkin sekarang dia benci giler dengan aku. Sebab tu dia langsung tak nak ambil tahu tentang aku lagi, walaupun hanya sebagai kawan." 

Sa'adah mengusap bahuku seperti menyuruhku menangis sepuas-puasnya ketika itu.
"Bawa mengucap Eryna. Banyakkan bersabar. Sekiranya dia memang ditakdirkan menjadi soulmate kau, dia tetap akan bersama kau. Insya'Allah. Jika dia bukan untuk kau, kau kena redha. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. Kau tidak boleh nak terus-menerus salahkan diri kau dengan apa yang terjadi. Bukan salah kau pun. Dia pun pernah terkasar bahasa dengan kau juga kan? Semua ini salah faham. Orang bila tengah marah, berbakul-bakul perkataan menyakitkan hati dia boleh keluarkan tau tapi tak bermakna dia benci. Kau doa banyak-banyak pada Allah, semoga Allah lembutkan hati dia untuk maafkan kau. Dan yang paling penting, kau kena maafkan dirikan kau juga, Eryna," pujuk Sa'adah.
"Aku tahu tapi entah mengapa hati aku ini degil sangat untuk melupakan dia," jawabku dalam nada sayu.
"It takes seconds to fall in love with someone but it takes a very long time to forget about the person you love. Aku pun tak tahu sangat tentang cintan-cintun ni maklumlah takde pengalaman lagi. Tapi apa yang boleh aku nasihatkan, think positive. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Eryna yang aku kenal dulu memang tabah dan happy go lucky orangnya tapi sejak akhir-akhir ni dia hilang entah ke mana. Aku rindulah pada Cardcaptor Eryna tu," kata Sa'adah sambil senyum.

Cardcaptor Eryna merupakan gelaran Sa'adah berikan padaku sejak zaman sekolah lagi kerana aku gemar menonton anime Cardcaptor Sakura ketika itu. Pernah sekali aku sanggup tinggal rumah seorang diri kerana tidak mahu terlepas episod akhir anime tersebut. Watak yang paling aku suka bukan Sakura tapi abang dia, Touya. Walaupun realiti kehidupan aku bukan seperti Sakura tapi aku berasa sangat bertuah kerana mempunyai sahabat baik seperti Sa'adah yang persis sahabat baik Sakura, Tomoyo.

Sepanjang malam aku memikirkan kata-kata Sa'adah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mata aku tertumpu pada buku yang aku baca tadi dan akhirnya aku mengerti, selagi belum akad, selagi itulah masih ada jarak pemisah di antara kami. Selagi itulah ada murka Allah di dalam hubungan kami. Bukan kerana tidak sefahaman, bukan kerana tidak sepadan tapi kerana Allah tidak mahu kami berdua terjebak dalam kemaksiatan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih.

Dan kini, soal jodoh, aku hanya berserah pada Qada' & Qadar Allah. Aku hanya mampu berdoa kepadaNya supaya memberikan yang terbaik buat diriku. Buat masa ini, cukuplah aku meraih cinta Allah. Cinta yang ada kedamaian, kebahagiaan dan tiada lagi kesangsian di hati ini. Terima kasih cintaNya kerana mengembalikan senyuman di wajahku. Terima kasih juga kepada dia kerana pernah memberikan kebahagiaan kepada diriku walaupun hanya seketika.
Nota terakhirku untukmu~
Nurkilan Ikhlas,
Hunny Lily
Bila hati dibuka untuk cinta manusia, hati juga telah dibuka untuk diluka dan terluka. Tahajjud dan sujud adalah penawarnya. Tidak pasti samada ia suratan atau kebetulan, teori atau kenyataan. Tapi ia berkesan. Tabahkan dirimu walaupun hatimu retak-pecah.

Wednesday, February 29, 2012

Hello To Myself (29.02.2012) ♥

السلام عليكم

Hello to myself~

Hello, this is February 2012, a very cold winter
Where are you - how close are you
To the dream that I wanted so bad?

Here, I'm still falling and crying again
I'm hurt and tired and have no strength to get up
But you would probably see me and smile

Hello to myself hello to myself 
Will you comfort me, saying don't cry?
Hello to myself hello to myself 
Will you tell me that I can do it?
Hello hello - don't cry - Hello hello - get up

How are you - how is it to fulfill your dream?
Doesn't it hurt when you pinch yourself?
Or is it sometimes boring because it's become a normal routine for you?
If you ever get lonely and tired, will you remember me, who used to dream here?

Hello to myself hello to myself 
Will you think of me here and smile?
Hello to myself hello to myself 
Will you be happy to the point where your heart overflows?
Hello hello, smile - Hello hello, just like that

Hello to myself hello to myself
Will you think of me here and smile?
Hello to myself hello to myself
Will you not forget me, who used to dream?






I was once like the girl in the video above. I felt like I wanna run away from everything because it was too painful for me to bear. I used to be happy-go-lucky and optimistic but during the process, I got lost. My life was never the same again. I lost my smile, I lost my positive attitude and I also lost my heart. In front of people, I always pretend to be happy to cover up my problems. Tears used to be my best friend during that time. But what people said was true, crying won't solve anything. No matter how many times you shed your tears, you just couldn't turn back time and undo it. The damage has been done and that was it, you need to pay for the consequences. At that moment, all I want was someone to lean on, someone to talk with. Oh yea, I was one lonely girl.

That were all in the past and now, I am no longer lonely. I already found my old self. I found my Best Friend. The most important thing is I found the peace in my heart. Thank you Allah for always be my best friend and bring peace to my broken heart. Time will heal everything and I must never give up hope! Because whenever there is Allah, there is always hope. Finally, I can say Hello to myself again~ ♥


With Love,
Hunny Lily


Saturday, February 25, 2012

Puisi Dia Yang Aku Cinta~

السلام عليكم

Khas buat bakal suami ku:

Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.

Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.

Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulalah perjalanan ini semua.

Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.

Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.

Credit to:
~ HilalAsyraf (Kitab Cinta)~

Salam Sayang dari bakal isterimu,
Hunny Lily



Friday, February 24, 2012

Gundam 00

السلام عليكم

Jam dah menunjukkan pukul 12.33 pagi.  Mata masih tak boleh lelap. Sempat lagi menjenguk blog nie sesambil tengok video pernikahan Yusry & Lisa. Anyway, Selamat pengantin baru kepada Yusry & Lisa. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin~ (^-^) 

Berbalik kepada tajuk blog saya, Gundam 00 merupakan satu-satunya cerita Gundam yang paling saya suke. Jalan cerita dia tak meleweh kalau dibandingkan dengan Gundam Seed. (=.=)  Sorry to all Gundam Seed fans out there~ Plus hero Gundam 00 lebih hensem. Hohohoho~ start dah melalut~ 


Hero dalam Gundam 00 name dier Setsuna F. Seiei

Hensem kan?? (^-^) *Blush*

Gundam 00 Exia (Gundam 00: Season 1)
Note: Gundam ini kepunyaan abang saya. Saya punya coming soon. Hehehe

Gundam 00 Raiser (Gundam 00: Season 2)
Note: PG (Perfect Grade) tak mampu woo.. (=.=) Manyak mahal~

No more teddy bears! Gundam satu mari! ~ Hahahaha~ Ok lah... Saya rasa makin lama makin merepek dah jadi nya. Keje tak siap lagi! (O.o) Time to sleep~ Selamat malam~

Salam Sayang,
Hunny Lily 
” Ya Allah, dengan nama Engkau aku jalani hidup dan hadapi mati. “
Copyright© All Rights Reserved A Walk Down Memory Lane by Hunny Lily